RM300
RM150 Depo
( Dibayar sebelum acara, Untuk Pengesahan yang menentukan hari, masa & lokasi)
RM150 Balance
( Semasa softcopy diberikan )
* Tidak digalakkan untuk majlis2 besar
* Sesuai utk pelanggan yang kekurangan bajet
* Sesuai utk pelanggan yg tidak mahu pembaziran utk membuat album
* Sesuai utk pelanggan yg ingin membuat suntingan (edit) sendiri
* Terengganu Only
(Kuala Terengganu/Marang/Gong Badak/Setiu & Lain-lain - Blh Request)
📲 011-19446371
Atau klik link dibawah :
http://www.wasap.my/601119446371/Design
(Whatsapp/Wechat/Call/Text)
Contoh Shoot & Burn By Del :
PENJELASAN MENGENAI SHOOT & BURN SECARA FORMAL UTK PENGETAHUAN UMUM.
1. S&B (dirujuk sebagai shoot & burn) sebenarnya bukan PAKEJ LENGKAP. Maksud shoot and burn ini ialah : Shoot itu ambil gambar dan burn itu bermaksud burn to CD/DVD (Softcopy). Tiada edit tiada penambahbaikkan. Terus burn dan bagi kepada customer. Ianya pakej yang paling mudah dan murah.
2. S&B tidak menyediakan album kepada pelanggan. Tiada poster, tiada frame, tiada produk melainkan CD/DVD foto semata mata. Atau USB pendrive sahaja.
3. S&B tidak menyediakan kerja suntingan / retouch ataupun editing. Jika ada ianya akan dicaj pada kadar berbeza (tambahan).
4. S&B, jurufoto tidak akan membuat select & sorting pada foto-foto yg diambil oleh beliau. Jadi foto jadi.. Foto tak jadi.. Foto buruk.. Foto overexpose / underexpose semua diberikan pada pelanggan.
5. S&B hanyalah upah semata mata kepada seorang jurufoto utk mengambil gambar. Termasuk kos pengangkutan, CD/Pendrive.
6. S&B mungkin lebih jauh murah berbanding harga pakej tetapi byk perkara yg tidak dilakukan oleh jurufoto. Seperti, tiada editing album, tiada kos hantar printing, tiada caj upah designer, tiada masa post processing digunakan dan tidak membuat selection pada foto.
7. Risiko S&B membuat liputan hanya secara general. Mengikut kreativiti jurugambar dan kehendak pelanggan.
8. Jurufoto S&B mungkin tidak akan berikan foto foto liputan kepada anda dlm bentuk RAW melainkan anda request.
9. Kadar rate S&B yg dirasakan munasabah dgn kemahiran jurufoto adalah seperti berikut :
A) RM300-500 = jurufoto biasa/baru
B) RM600-1200 = jurufoto berpengalaman.
C) RM1200-2000 = jurufoto berpasukan (lebih dari 1 jurufoto bertugas).
D) RM800-4000 per event (maksudnya nikah + sanding = 2 events) ini biasanya jurufoto dlm kategori premium/eksklusif/professional rate.
10. Shoot & Burn sesuai utk pelanggan yg mempunyai Bajet yang kecil. Dan ingin membuat album pada masa akan datang.