-->

Miss DeL

* DIARI * NAHLA * INFO TERKINI * CERITA MENARIK * TUTORIAL * MYLEA * UPAH DESIGN *

Halaman

  • HOME
  • BORANG TEMPAHAN MYLEA
  • HUBUNGI DEL

Tuesday, August 27, 2013

KISAH TIGA ORANG LELAKI KEJAM




Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. 

Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.

Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,

“Akulah orang yang PALING KEJAM!”

Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.

Dan dia berkata sambil mendabik dada “Tidak ada siapa yang lebih KEJAM daripada aku!"

Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. 

Dia menjawab:

“AKULAH YANG PALING KEJAM...

Aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku...”

Perempuan itu adalah Palestin/Syria/Rohingya/Mesir.

Lelaki pertama ialah Israel.

Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.

Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam (Kita) yang hanya berdiam diri dan melihat apa yang terjadi.

Tahniah kepada Umat Islam!!

Berdiam diri dan melihat kekejaman dihadapan kita, itu sahaja yang mampu kita buat..

Mahukah kita jadi sekejam lelaki ketiga.............jika kita tidak kongsikan artikel ini???

Siapa tahu dengan artkel ini lebih ramai ummat islam yang akan sedar dari tidur lenanya..

Ayuh....kita bersatu demi islam, bantulah seboleh yang mampu..

Sama-samalah kita muhasabah diri..

Sejauh mana usaha kita untuk menolong saudara-saudara Islam kita.. 

Renung sejenak sebanyak mana doa yg kita telah hadiahkan...

Umat Islam itu lemah kerana mereka JAUH daripada agama mereka sendiri..... 
Dituliskan Khas Oleh : EngkuDel Pada 8:14 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: FAKTA ISLAM, ISLAM, KISAH TIGA ORANG LELAKI KEJAM, LELAKI, umat islam

BAGAIMANA KITA KELUAR DARI RAHIM IBU KITA ???










RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......

Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.

Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.



Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.




Dituliskan Khas Oleh : EngkuDel Pada 7:59 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: jasa seorang wanita, LIHATLAH BAGAIMANA KITA KELUAR DARI RAHIM IBU KITA, proses melahirkan anak, rahim

Sunday, August 18, 2013

Sedarkah kita? dunia semakin akhir zaman?


Ketika ini seluruh umat islam didunia menumpu perhatian pada krisis di Mesir dan Syria...tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya...Tahukah anda,sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin....sebaliknya MEKKAH dan MADINAH....dan Tahukah anda MEKAH dan MADINAH kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel)dan sekutunya Syiah (Iran)......bermula dengan;

-TURKI Uthmaniyah yang ditumbangkan dan Jatuh ketangan Puak Sekular Ekstreme,walaupun kini diperintah Pemimpin "Islamik" Erdogan,Hakikatnya beliau hanyalah Puppet yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.

-PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.

-IRAQ satu2nya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan,USA dan negara Salib dan Bantuan sulit dari Syiah (IRAN).

- AFGHANISTAN negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).- LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan Eksperimen untuk mencetuskan "Arab Spring"...Rakyatnya dihasut untuk "BANGKIT"...dibantu dengan "Bersungguh2" oleh Tentera Salib (NATO).

-SYRIA adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab2 lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah(Dajjal) dan Al-Mahdi.

-MESIR walaupun "DISERAHKAN" kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin,kemudian dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.

LIHATLAH...DIPETA,,,SEMUA NEGARA DISEKELILING MEKAH DAN MADINAH TELAH DITAWAN DENGAN SISTEMATIK......Diakhir Zaman juga sudah tertulis dalam hadis bahawa Tempat Suci umat Islam iaitu KAABAH akan diruntuhkan oleh LELAKI dari HABSYAH diberi kepercayaan memerintah Rom.......

SIAPA LELAKI HABSYAH INI.? Semua sedia Maklum...ROM dizaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya.....dan satu-satunya lelaki Habsyah(kulit Hitam) yang memerintah ialah Presiden terkini mereka iaitu BARRACK OBAMA.....Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan Rasulullah mengenai lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis Riwayat Al-Bukhari dan At-Tabrani:DI ANTARA TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN IALAH BILA MASA KAABAH AKAN DIRUNTUHKAN DAN PELAKUNYA SEORANG LELAKI BERKETURUNAN HABSYAH YANG DILANTIK MENJADI PEMERINTAH ROMAN.SUBHANALLAH...KITA SEMAKIN HAMPIR......!!!
Dituliskan Khas Oleh : EngkuDel Pada 7:53 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: dajjal, Dunia akhir zaman, kiamat, mekkah dan madinah, mekkah ditawan, umat islam

Friday, August 16, 2013

5 Kebaikkan Makanan Pedas!



 


1. Menurunkan berat badan
Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh, makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.


2. Menyihatkan jantung
Menyehatkan jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.


3. Mencegah Kanser
Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.


4. Menurunkan Tekanan Darah
Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.


5. Mengurangkan Stress
Mengurangkan stress. Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.




contoh-contoh makanan pedas! wahhh sedapnyer! :







Dituliskan Khas Oleh : EngkuDel Pada 10:26 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: 5 kebaikkan makanan pedas, cili api, hot, kebaikkan makanan pedas, lada, makanan pedas, pedas

Ramai yang tahu bercinta tapi tak ramai yang tahu macam mana nak kekal dalam cinta?


haiyaa maaa.. tajuk dah tak boleh blah kan? tapi banyak orang tak tahu perkara ini sebenarnya. Serius cakap ramai yang tahu bercinta tapi tak ramai yang tahu macam mana nak kekal dalam cinta. Kalau bercinta 1 bulan selepas tu putus lepas tu bercinta lagi, tapi ini bukan tahap bercinta sahaja. Orang yang dah kahwin pon macam tu. Tak sampai setahun bercerai berai.

kenapa kenapa dan kenapa ini berlaku ya tuan puan sekalian alam?????

  1. Terlalu mengongkong pasangan anda.
  • serius cakap lelaki atau wanita sama-sama tak suka dikongkong. bila terpaksa bermesej 24jam sehari @ bila terpaksa 24jam berbual telefon tak ada orang yang akan suka. mungkin kalau hari pertama berkenalan perkara tu jadi hobi yang menyeronokkan tapi kalau dah bertahun-tahun dah tak seronok dah wahai tuan-tuan puan-puan sekalian. buat kita dan pasangan semakin jemu dan bosan dengan kita ada.
    2.  Kuat cemburu buta atau cemburu rabun
  • cemburu maknanya sayang, tak salah cemburu tapi bercemburulah*HAHA* secara berpada-pada. Kalau cemburu jangan terus menghukum, siasat dahulu, bertenang, tarik nafas dalam-dalam, cari bukti dah kalau betul apa lagi belasah terus! HAHA *sila jangan tiru aksi ini* no maksud del disini cari bukti dahulu mungkin itu cuma sangkaan kita.
    3.  Tidak matang  
  • Tak matang adalah bersifat terlalu budak-budakkan . sampai makan nak disuap, tidur nak didodoikan bla bla blaaaa.. ok fine, awak dah membesar jadi bercinta perlu matang, kalau tak matang sila jangan bercinta. nononoooo 

   4.  Berfikir secara terburu-buru
  • Belum apa-apa dah "jom putus!" "kita putus lah kalau macam ni" "saya ceraikan awak" "ceraikan saya sekarang!!!" dan seumpama dengan nya. 1 jam selepas itu. menyesal, tak jadi nak berpisah. Hohooo.. ini tak boleh jadi!

   5. Suka mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya bila marah
  • bermulanya perang mulut, kau maki aku, aku maki kau. bila marah bila bercakap bukan menggunakan akal tapi amarah kita. kadang-kadang dari kata-kata tu boleh buat kita terasa sampai ke tulang rusuk. pedih ulu hati. semua adaa tau. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata????

   6. Tak setia
  • yang ini saja del bagi last sekali, sebab ini isu besar, bukan main-main. kalau bercinta jangan nak curang bagai. awak mungkin rasa perkara tu seronok, tapi kalau awak sendiri yang kena baru tahu pedih tak pedih . kalau sayang jangan lukakan insan yang kita sayang hanya kerana kita nak seronok-seronok dengan orang lain. OK?
Ini tip-tip dari del kalau rasa nak kekal hingga ke anak cucu, cicit.. 


Dituliskan Khas Oleh : EngkuDel Pada 10:35 AM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: cemburu, hubungan cinta, kongkong, marah, perkahwinan tak kekal, Ramai yang tahu bercinta tapi tak ramai yang tahu macam mana nak kekal dalam cinta?, sebab putus cinta, tak setia

Rumah Idaman yang super super super jimat ruang ! Woww










wauuu.. serius tak sabar nak kahwin *sila sepak laju-laju budak gedik*  nak hias rumah sendiri, nak buat rumah yang tenang dan cantik dan jimat ruang dan bla bla blaaa... serius tak sabarnyer (^_^) HAHAA
Dituliskan Khas Oleh : EngkuDel Pada 9:44 AM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: almari, dapur, jimat ruang, katil, rumah, rumah cantik, rumah idaman, rumah unik, tangga

Thursday, August 15, 2013

Jom Belajar Code HTML yang asas :)

Okey jom kita mulakan. 

Apakah HTML?
HTML adalah " bahasa untuk menerangkan laman web " 

HTML adalah singkatan bagi Hyper Text Markup Language
HTML : bahasa markup
Sebuah bahasa markup adalah serangkaian tag markup
Tag : menggambarkan kandungan dokumen
Dokumen HTML mengandungi tag HTML dan teks

Dokumen HTML juga dikenali sebagai laman web

*okey del bagi contoh, blogspot ini juga menggunakan bahasa HTML sebagai bahasa yang memaparkan kandungan dokumen secara atas talian. 


Code HTML yang asas mestilah mengandungi :
_________________________________________________
<!DOCTYPE html>
<html>
<body>

<h1>TAJUK /h1>

<p>PERENGGAN</p>

</body>
</html>
__________________________________________________
penjelasan :

Pengisytiharan DOCTYPE adalah untuk mentakrifkan jenis dokumen
Teks antara <html> dan </ html> menerangkan laman web
Teks antara <body> dan </ body> adalah kandungan halaman yang boleh dilihat
Teks antara <h1> dan </ h1> dipaparkan sebagai tajuk

Teks antara <p> dan </ p> dipaparkan sebagai perenggan







Penulisan HTML perlulah Menggunakan Notepad atau TextEdit
HTML boleh diedit dengan menggunakan HTML editor profesional seperti:


  • Adobe Dreamweaver
  • Microsoft Expression Web
  • CoffeeCup HTML Editor


Walau bagaimanapun, untuk belajar HTML del cadangkan menggunakan penyunting teks seperti Notepad (PC) atau TextEdit (Mac). del percaya dengan menggunakan editor teks yang mudah adalah cara yang baik untuk belajar HTML, menggunakan Notepad tentunya lebih sukar daripada menggunakan HTML editor tapi kalau kita belajar dari bawah kita pasti lebih mendalami apa yang kita belajar itu. kan? :)




Dituliskan Khas Oleh : EngkuDel Pada 11:18 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: HTML, HTML blogspot, Hyper Text Markup Language, Jom Belajar Code HTML yang asas

Semester 6 Di UCB

Sem 6 @  Sem akhir di University College Bestari sebelum ke alam praktikal yang membuat del jadi gadis paling sibuk di dunia. Huahuaa. sila percaya okey?  nak tahu apa yang sibuk sangat sampai perkataan "STRESS" selalu menjadi mangsaku?

okey fine . kita mulakan episod stress kita. jeng jeng jeng.

1. Semester 6 sem yang paling tinggi jam kredit untuk 3 subjek! ini bermakna nak pointer tinggi ni jerla harapan nyer takda peluang ke 2 ,3 ,4 atau se angkatan dengannya. sem ni ada projek diploma yang boleh buat rambut del beruban tahan nenek sawan okey sebab del kena buat sistem komputer menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP,HTML,CSS,JAVA,PHOTOSHOP,ANIMASI! wauu tak boleh blah.


del yang shawl pink di tengah! Huahuaa


2. Del mulakan bisnes internet. Del nak uruskan pelanggan, cari pelanggan, dari waktu pembelian hingga ke titisan darah terakhir , ok serius del tipu , hingga ke bungkusan pembelian sampai ke destinasi. tapi del buat gak sebab del nak berdikari *beli kari makan sendiri*
inilah rupanya bila orang sibuk tahan cipan

3. Bermacam projekII besar, kecil & sedang-sedang yang ditimbun-timbunkan oleh para pensyarah. kuiz,tutorial,exam yang memerlukan del jadi seorang pelajar bukan permain bola sepak.

4. Tanggungjawap sebagai MPP(Majlis Perwakilan Pelajar) , Wakil kelas , Wakil negara bangsa dan agama. Uruskan segala yang dipertanggungjawapkan dengan amanah yang diberi itu bukan satu perkara yang mudah .






Dituliskan Khas Oleh : EngkuDel Pada 8:33 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: Engku Del Al-Idrus, majlis perwakilan pelajar, Mpp, perniagaan internet, projek diploma, semester 6, Semester akhir, sistem, UCB, university college bestari

Bermulanya DeL Berblog! Yeay!

Assalamualaikum, salam pembuka bicara, salam sejahtera & salam 1 malaysia *aik? (O_O)* kepada para pembaca blog ini *sila muntah* 15/8/13 bermulanya blog ini dibina. serius ini bukan blog pertama del, HAHA. dah banyak dah blog del buat tapi tak secara serius dan secara suka-suka.. zaman dah berubah , dunia semakin maju, del pom dah semakin matang. So blog kena sama dengan umur! KAHKAHH






  so setelah didalam dilema yang amat sangat nak buat blog *muka tak boleh blah* nak serius buat blog ni!!! del akhirnye mengambil keputusan ini dengan yakin,adil & saksama. Huahua.. entah apa-apa kan. nak buat blog pom nak fikir dulu. so del ingat nak bangunkan blog ni dengan bina banner sendiri, code HTML sendiri & borang sendiri. what?? HAHAA. mampu ke tak mampu kita tunggu dan lihat!


BANNER PERTAMA del! semangat guna photoshop! HAHA




Dituliskan Khas Oleh : EngkuDel Pada 6:11 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: bina blog, blog, blog baru, blog pertama, blogspot baru, Engku Del Al-Idrus, Miss Del blog
Subscribe to: Posts (Atom)

Tik Tok

Facebook Miss DeL

Engku Del Al-Idrus

Create Your Badge

Catatan Popular

  • MYLEA FRECKLES SERUM
    KENAPA WAJAH ANDA PERLUKAN MYLEA FRECKLES SERUM?? ✔  Penawar nombor 1 masalah JERAGAT! ✔  Mencegah jeragat dari MEREBAK dan MENEBAL...
  • Upah Design Grafik Murah!
    MURAH | PANTAS | MUDAH Harga dan tawaran untuk upah design grafik adalah seperti berikut :  Banner / Bunting - RM35-50 Billboard (sai...
  • PERKHIDMATAN SHOOT & BURN
    RM300  RM150 Depo ( Dibayar sebelum acara, Untuk Pengesahan yang menentukan hari, masa & lokasi) RM150 Balance  ( Semas...
  • MYLEA SKINCARE
    MYLEA SKINCARE Apa yang best tentang Mylea 4 in 1 ingredients Honey Soap 10g ekstrak "ALOE VERA", transparen soap, "...
  • Pengurangan Kadar Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA
    Kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang memohon pinjaman pelajaran MARA dan telah menamatkan pengajian, jangan lupa untuk memo...

Blog Archive

  • ►  2025 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2018 (2)
    • ►  July (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  March (2)
  • ▼  2013 (16)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (4)
    • ▼  August (9)
      • KISAH TIGA ORANG LELAKI KEJAM
      • BAGAIMANA KITA KELUAR DARI RAHIM IBU KITA ???
      • Sedarkah kita? dunia semakin akhir zaman?
      • 5 Kebaikkan Makanan Pedas!
      • Ramai yang tahu bercinta tapi tak ramai yang tahu ...
      • Rumah Idaman yang super super super jimat ruang ! ...
      • Jom Belajar Code HTML yang asas :)
      • Semester 6 Di UCB
      • Bermulanya DeL Berblog! Yeay!

I Love My Followers

I Love My Followers

My Followers

Jejak Pengunjung :)

Miss Blog ini :

My photo
EngkuDel
View my complete profile
MissDeL. Watermark theme. Powered by Blogger.