-->

Miss DeL

* DIARI * NAHLA * INFO TERKINI * CERITA MENARIK * TUTORIAL * MYLEA * UPAH DESIGN *

Halaman

  • HOME
  • BORANG TEMPAHAN MYLEA
  • HUBUNGI DEL

Saturday, September 21, 2013

Pengurangan Kadar Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA


Kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang memohon pinjaman pelajaran MARA dan telah menamatkan pengajian, jangan lupa untuk memohon kadar pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran Mara. Permohonan tersebut adalah penting untuk mengurangkan kadar pinjaman pelajaran MARA anda.
Berikut adalah pointer(diploma/ijazah) bagi pengurangan kadar bayaran balik pinjaman pelajaran MARA.

3.50-4.00 : biasiswa
3.00-3.49 : bayaran balik 10%
2.50-2.99 : bayaran balik 25%
2.00-2.49 : bayaran balik 50%

(Nota: Kadar Pengurangan adalah berubah dari semasa ke semasa dan tertakhluk pada pihak MARA)

Syarat untuk memohon pengurangan bayaran balik pinjaman MARA:

i) Surat tawaran pinjaman bertarikh antara Januari 1985 dan ke atas
(Tidak termasuk tajaan mulai 01/01/1998 di peringkat Sarjana/PHD di dalam negara)
ii) Lulus Pengajian dalam tempoh tajaan MARA
iii) Permohonan perlu disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berikut (yang telah disahkan benar) :
  • Transkip Penuh
  • Sijil Diploma/Ijazah/Sarjana/Profesional dan sebagainya (yang berkaitan)
Cara Buat Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman MARA :

1. Untuk membuat permohonan secara online, sila layari e-conversion MARA
2. Pelajar perlu mengisi maklumat dan hantar maklumat anda secara online.
3. Cetak Borang Permohonan dan Sertakan
i. Borang Permohonan
ii. Sijil Diploma/ Ijazah/ Sarjana/ PhD/ Profesional dan lain-lain (yang berkaitan)
iii. Transkrip rasmi
Sila hantar dokumen anda dalam tempoh 30 hari permohonan ke:

Bahagian Kawalan Kredit
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur.



Apakah kelebihan-kelebihan pinjaman MARA?
Di sini saya akan senaraikan beberapa kelebihan pinjaman dari MARA, namun begitu kelebihan-kelebihan ini adalah tertakluk kepada pindaan semasa MARA

Pinjaman Pendahuluan Pelajaran
  • Ramai yang tidak mengetahui hal ini. MARA menyediakan pinjaman pendahuluan bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran sebanyak RM1500 - RM2000 bagi pelajar yang layak. Pinjaman ini tidak tertakluk kepada skim conversion dan perlu dibayar balik selepas tamat pengajian. Rujuk syarat kelayakan
Pinjaman Boleh Ubah (Conversion)
  • Satu-satunya pinjaman yang boleh diubah menjadi biasiswa. Bagi pelajar yang mendapat CGPA 3.50 ke atas, adalah layak untuk memohon perubahan pembiayaan kepada biasiswa. Ini boleh dilakukan selepas tamat pengajian. Bagi pelajar yang mendapat CGPA 2.00 selepas tamat pengajian, pengurangan jumlah pembayaran yuran boleh dilakukan dengan menghantarkan permohonan kepada MARA. Applikasi Conversion
Skim Pelajar Cemerlang
  • Pihak MARA menawarkan skim tajaan bagi pelajar yang mendapat CGPA 3.50 ke atas dan menawarkan tajaan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di dalam mahu pun di luar negara. Rujuk skim
Kelonggaran Pembayaran Balik
  • Pihak MARA memberikan tempoh setahun bagi pembayaran balik pinjaman. Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran, penangguhan pembayaran juga boleh dibuat.
Elaun Bulanan
  • MARA memberikan elaun sara diri setiap bulan sepanjang pengajian iaitu RM500+ bagi peringkat diploma dan RM700+ bagi ijazah di dalam negara.






Sumber: Pengurangan Kadar Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA 
Dituliskan Khas Oleh : EngkuDel Pada 4:28 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: Apakah kelebihan-kelebihan pinjaman MARA, kadar pengurangan bayaran balik, Pinjaman Pelajaran MARA, pointer(diploma/ijazah), Syarat untuk memohon pengurangan bayaran balik pinjaman MARA

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Tik Tok

Facebook Miss DeL

Engku Del Al-Idrus

Create Your Badge

Catatan Popular

  • MYLEA FRECKLES SERUM
    KENAPA WAJAH ANDA PERLUKAN MYLEA FRECKLES SERUM?? ✔  Penawar nombor 1 masalah JERAGAT! ✔  Mencegah jeragat dari MEREBAK dan MENEBAL...
  • Upah Design Grafik Murah!
    MURAH | PANTAS | MUDAH Harga dan tawaran untuk upah design grafik adalah seperti berikut :  Banner / Bunting - RM35-50 Billboard (sai...
  • PERKHIDMATAN SHOOT & BURN
    RM300  RM150 Depo ( Dibayar sebelum acara, Untuk Pengesahan yang menentukan hari, masa & lokasi) RM150 Balance  ( Semas...
  • MYLEA SKINCARE
    MYLEA SKINCARE Apa yang best tentang Mylea 4 in 1 ingredients Honey Soap 10g ekstrak "ALOE VERA", transparen soap, "...
  • Pengurangan Kadar Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA
    Kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang memohon pinjaman pelajaran MARA dan telah menamatkan pengajian, jangan lupa untuk memo...

Blog Archive

  • ►  2025 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2018 (2)
    • ►  July (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  March (2)
  • ▼  2013 (16)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ▼  September (4)
      • Pengurangan Kadar Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran...
      • Isu 2013! "Orang Minyak" Mencari Anak Dara di Kual...
      • CARA MELAKUKAN PERMINDAHAN CIMB-CIMB (KEGEMARAN)
      • Cara Nak Check Tracking Number Poslaju / Parcel
    • ►  August (9)

I Love My Followers

I Love My Followers

My Followers

Jejak Pengunjung :)

Miss Blog ini :

My photo
EngkuDel
View my complete profile
MissDeL. Watermark theme. Powered by Blogger.