-->

Miss DeL

* DIARI * NAHLA * INFO TERKINI * CERITA MENARIK * TUTORIAL * MYLEA * UPAH DESIGN *

Halaman

  • HOME
  • BORANG TEMPAHAN MYLEA
  • HUBUNGI DEL

Saturday, September 21, 2013

Pengurangan Kadar Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA


Kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang memohon pinjaman pelajaran MARA dan telah menamatkan pengajian, jangan lupa untuk memohon kadar pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran Mara. Permohonan tersebut adalah penting untuk mengurangkan kadar pinjaman pelajaran MARA anda.
Berikut adalah pointer(diploma/ijazah) bagi pengurangan kadar bayaran balik pinjaman pelajaran MARA.

3.50-4.00 : biasiswa
3.00-3.49 : bayaran balik 10%
2.50-2.99 : bayaran balik 25%
2.00-2.49 : bayaran balik 50%

(Nota: Kadar Pengurangan adalah berubah dari semasa ke semasa dan tertakhluk pada pihak MARA)

Syarat untuk memohon pengurangan bayaran balik pinjaman MARA:

i) Surat tawaran pinjaman bertarikh antara Januari 1985 dan ke atas
(Tidak termasuk tajaan mulai 01/01/1998 di peringkat Sarjana/PHD di dalam negara)
ii) Lulus Pengajian dalam tempoh tajaan MARA
iii) Permohonan perlu disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berikut (yang telah disahkan benar) :
  • Transkip Penuh
  • Sijil Diploma/Ijazah/Sarjana/Profesional dan sebagainya (yang berkaitan)
Cara Buat Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman MARA :

1. Untuk membuat permohonan secara online, sila layari e-conversion MARA
2. Pelajar perlu mengisi maklumat dan hantar maklumat anda secara online.
3. Cetak Borang Permohonan dan Sertakan
i. Borang Permohonan
ii. Sijil Diploma/ Ijazah/ Sarjana/ PhD/ Profesional dan lain-lain (yang berkaitan)
iii. Transkrip rasmi
Sila hantar dokumen anda dalam tempoh 30 hari permohonan ke:

Bahagian Kawalan Kredit
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur.



Apakah kelebihan-kelebihan pinjaman MARA?
Di sini saya akan senaraikan beberapa kelebihan pinjaman dari MARA, namun begitu kelebihan-kelebihan ini adalah tertakluk kepada pindaan semasa MARA

Pinjaman Pendahuluan Pelajaran
  • Ramai yang tidak mengetahui hal ini. MARA menyediakan pinjaman pendahuluan bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran sebanyak RM1500 - RM2000 bagi pelajar yang layak. Pinjaman ini tidak tertakluk kepada skim conversion dan perlu dibayar balik selepas tamat pengajian. Rujuk syarat kelayakan
Pinjaman Boleh Ubah (Conversion)
  • Satu-satunya pinjaman yang boleh diubah menjadi biasiswa. Bagi pelajar yang mendapat CGPA 3.50 ke atas, adalah layak untuk memohon perubahan pembiayaan kepada biasiswa. Ini boleh dilakukan selepas tamat pengajian. Bagi pelajar yang mendapat CGPA 2.00 selepas tamat pengajian, pengurangan jumlah pembayaran yuran boleh dilakukan dengan menghantarkan permohonan kepada MARA. Applikasi Conversion
Skim Pelajar Cemerlang
  • Pihak MARA menawarkan skim tajaan bagi pelajar yang mendapat CGPA 3.50 ke atas dan menawarkan tajaan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di dalam mahu pun di luar negara. Rujuk skim
Kelonggaran Pembayaran Balik
  • Pihak MARA memberikan tempoh setahun bagi pembayaran balik pinjaman. Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran, penangguhan pembayaran juga boleh dibuat.
Elaun Bulanan
  • MARA memberikan elaun sara diri setiap bulan sepanjang pengajian iaitu RM500+ bagi peringkat diploma dan RM700+ bagi ijazah di dalam negara.






Sumber: Pengurangan Kadar Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA 
Dituliskan Khas Oleh : EngkuDel Pada 4:28 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: Apakah kelebihan-kelebihan pinjaman MARA, kadar pengurangan bayaran balik, Pinjaman Pelajaran MARA, pointer(diploma/ijazah), Syarat untuk memohon pengurangan bayaran balik pinjaman MARA

Isu 2013! "Orang Minyak" Mencari Anak Dara di Kuala Terengganu

"Orang Minyak" Mencari Anak Dara di Kuala Terengganu  | "Sebaik sahaja tersedar daripada tidur, saya lihat ada lelaki separuh b0gel memakai topeng ‘Zorro’ berada atas badan. Saya cuba menjerit namun mulut saya penuh dengan cecair seperti minyak dan ditutup,” kata mangsa, seorang pelajar berumur 17 tahun.

orang minyak di kuala terengganu, lelaki bogel mengganas di terengganu, lelaki bogel cari dara, lelaki bogel mengamuk di terengganu

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pelajar terbabit mendakwa lelaki separuh b0gel itu telah memasukkan cecair seperti minyak dipercayai telah dicampur bahan lain ke dalam mulutnya agar dia tidak sedarkan diri. 

Bagaimanapun lelaki yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa pelajar terbabit juga tersedar daripada tidur lalu memeriksa bilik anak perempuannya sebelum menyergah lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri.

Menurut mangsa, lelaki terbabit hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya dan bersyukur kerana tidak diapa-apakan.

Namun mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek itu masih trauma dan tidak dapat melupakan kejadian menimpanya.

“Nasib baik lelaki itu tidak sempat bertindak ganas dan saya bersyukur kerana kejadian disedari bapa, namun saya tidak akan dapat melupakan kejadian itu sampai bila-bila, malah masih berasa takut seolah-olah dia akan datang semula.

“Keluarga juga risau kejadian berulang dan mereka sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payung di Marang dan kami berharap lelaki itu akan dapat diberkas dengan segera” katanya ketika menghubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan serta disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.



Dalam pada itu, difahamkan lelaki separuh b0gel dipercayai mengalami masalah mental itu juga digelar sebagai ‘orang minyak’ oleh penduduk kampung kerana sering berkeliaran di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu.

Malah, kelibat lelaki tanpa seluar itu berjaya dirakam penduduk di kawasan berkenaan dan diedarkan kepada umum melalui laman facebook, whatsApp dan media baru lain termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di kawasan Bukit Payung, di sini.

Kejadian itu juga menyebabkan JKKK Padang Midin dan Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu menubuhkan satu pasukan rondaan di kawasan kampung berkenaan.

Menurut Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Shahul Hamid, rondaan di kawasan kampung bermula pada jam 12 malam hingga 6 pagi setiap hari dan disertai ahli jawatankuasa belia BBest serta penduduk kampung tersebut.

“Rondaan ini telah dijalankan sejak dua tahun lalu dan kita adakan dengan lebih giat selepas beberapa siri kejadian membabitkan lelaki dipercayai kurang siuman yang digelar sebagai orang minyak itu dikatakan mula berkeliaran termasuk di Tok Renek.

“Tok Renek masih di bawah pentadbiran JKKK Padang Midin. Kampung ini terletak di sempadan kawasan polis Kuala Terengganu dan Marang, jadi kami akan memberikan kerjasama penuh dalam membantu dua pihak berkuasa itu memberkas lelaki terbabit,” katanya. -SINARHARIAN




VIDEO RAKAMAN CCTV ------->










Dituliskan Khas Oleh : EngkuDel Pada 12:02 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: lelaki tanpa seluar, Orang Minyak, Padang Midin, polis Kuala Terengganu dan Marang, Terkini 2013! "Orang Minyak" Mencari Anak Dara di Kuala Terengganu

Friday, September 6, 2013

CARA MELAKUKAN PERMINDAHAN CIMB-CIMB (KEGEMARAN)

P/S : KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS :)

1. Search CIMB CLICK 

2. APABILA MASUK KE LAMAN WEB CIMB CLICK , KLIK BUTTON LOGIN DI SEBELAH KIRI.


3. MASUKKAN USER ID & KLIK BUTTON SUBMIT


4. PASTIKAN SECURE WORD ANDA SEPERTI YANG DIDAFTARKAN & 
 MASUKKAN PASSWORD, KEMUDIAN KLIK BUTTON SUBMIT.


5. PILIH BUTTON "TRANSFER WITH IN CIMB BANK" .


6. ISI MAKLUMAT YANG SEPATUTNYA :


7. MASUKKAN MAKLUMAT :

1.PILIH AKUAN ANDA.

2.PILIH AKUAN PENERIMA KEGEMARAN  
@ MASUKKAN AKUAN PENERIMA YANG BARU.

3.MASUKKAN JUMLAH BAYARAN. TANPA RM. Contoh: 60.00.

4.MASUKKAN KETERANGAN TENTANG PERMINDAHAN YANG INGIN DILAKUKAN.

5.PILIH PERMINDAHAN "NOW" JIKA INGIN PERMINDAHAN SEGERA @
 "LATER" UNTUK PERMINDAHAN DI WAKTU YANG INGIN DITETAPKAN.

6.ISIKAN EMAIL PENERIMA @
 NOMBOR TELEFON PENERIMA BUKTI BUKTI BAYARAN YANG TELAH DIBUAT. 

7. KLIK SUBMIT. 







8. SAHKAN PERMINDAHAN YANG DILAKUKAN. 


9. STATUS PERMINDAHAN & BAKI AKUAN AKAN DIPAPARKAN .


10. LOGGED OUT DARI SISTEM.



PERHATIAN : INI TUTORIAL UNTUK AKAUN PENERIMA YANG TERSENARAI DALAM KEGEMARAN SAHAJA. JIKA BUKAN AKUAN KEGEMARAN ANDA PERLU MASUKKAN TAC NUMBER DAHULU.

Apa itu TAC?:

*** Katakan anda ingin membuat permindahan, anda pun login ke akaun CIMBClicks. Selepas itu anda masukan jumlah bayaran dan nombor akaun. Tapi sebelum anda boleh meneruskan urusan permindahan itu, anda memerlukan nombor TAC. Kod keselamatan TAC itu pula akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang sudah anda daftarkan sebelum ini.

TAC atau Transaction Authorisation Code didefinisikan sebagai kod keselamatan yang diperlukan untuk satu-satu transaksi online tertentu. TAC sebenarnya adalah terdiri daripada 6 digit nombor sahaja, contohnya 123456. Tidak dicampur dengan huruf atau apa-apa lambang lain.

TAC adalah unik yakni satu TAC hanya boleh digunakan untuk satu transaksi (atau satu sesi log masuk) sahaja. Ia merupakan tapisan keselamatan kedua untuk pengesahan identiti anda sebelum dibenarkan untuk melakukan transaksi perbankan.

Dituliskan Khas Oleh : EngkuDel Pada 6:29 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: CARA MELAKUKAN PERMINDAHAN CIMB-CIMB (KEGEMARAN), CIMB BANK, CIMB CLICK, PERMINDAHAN WANG, TAC NUMBER CIMB, TUTORIAL CIMB CLICK

Thursday, September 5, 2013

Cara Nak Check Tracking Number Poslaju / Parcel

1. Search Pos Malaysia 


2. Pilih Track & Trace


3. Pilih Parcel/ Pos Laju & masukkan nombor tracking anda


4. Klik 2 kali di di bawah Item No


5. Akhirnya Keputusan Parcel anda kan dipaparkan , so bolehlah cek kat mana barang awak tu sekarang :)


*** KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR ***

Dituliskan Khas Oleh : EngkuDel Pada 11:16 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: Cara Nak Check Tracking Number Poslaju / Parcel, Keputusan Parcel, pembelian online, pos laju, Pos malaysia, Track & Trace
Subscribe to: Posts (Atom)

Tik Tok

Facebook Miss DeL

Engku Del Al-Idrus

Create Your Badge

Catatan Popular

  • MYLEA FRECKLES SERUM
    KENAPA WAJAH ANDA PERLUKAN MYLEA FRECKLES SERUM?? ✔  Penawar nombor 1 masalah JERAGAT! ✔  Mencegah jeragat dari MEREBAK dan MENEBAL...
  • Upah Design Grafik Murah!
    MURAH | PANTAS | MUDAH Harga dan tawaran untuk upah design grafik adalah seperti berikut :  Banner / Bunting - RM35-50 Billboard (sai...
  • PERKHIDMATAN SHOOT & BURN
    RM300  RM150 Depo ( Dibayar sebelum acara, Untuk Pengesahan yang menentukan hari, masa & lokasi) RM150 Balance  ( Semas...
  • MYLEA SKINCARE
    MYLEA SKINCARE Apa yang best tentang Mylea 4 in 1 ingredients Honey Soap 10g ekstrak "ALOE VERA", transparen soap, "...
  • Pengurangan Kadar Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA
    Kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang memohon pinjaman pelajaran MARA dan telah menamatkan pengajian, jangan lupa untuk memo...

Blog Archive

  • ►  2025 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2018 (2)
    • ►  July (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  March (2)
  • ▼  2013 (16)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ▼  September (4)
      • Pengurangan Kadar Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran...
      • Isu 2013! "Orang Minyak" Mencari Anak Dara di Kual...
      • CARA MELAKUKAN PERMINDAHAN CIMB-CIMB (KEGEMARAN)
      • Cara Nak Check Tracking Number Poslaju / Parcel
    • ►  August (9)

I Love My Followers

I Love My Followers

My Followers

Jejak Pengunjung :)

Miss Blog ini :

My photo
EngkuDel
View my complete profile
MissDeL. Watermark theme. Powered by Blogger.