-->

Miss DeL

* DIARI * NAHLA * INFO TERKINI * CERITA MENARIK * TUTORIAL * MYLEA * UPAH DESIGN *

Halaman

  • HOME
  • BORANG TEMPAHAN MYLEA
  • HUBUNGI DEL

Saturday, September 21, 2013

Isu 2013! "Orang Minyak" Mencari Anak Dara di Kuala Terengganu

"Orang Minyak" Mencari Anak Dara di Kuala Terengganu  | "Sebaik sahaja tersedar daripada tidur, saya lihat ada lelaki separuh b0gel memakai topeng ‘Zorro’ berada atas badan. Saya cuba menjerit namun mulut saya penuh dengan cecair seperti minyak dan ditutup,” kata mangsa, seorang pelajar berumur 17 tahun.

orang minyak di kuala terengganu, lelaki bogel mengganas di terengganu, lelaki bogel cari dara, lelaki bogel mengamuk di terengganu

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pelajar terbabit mendakwa lelaki separuh b0gel itu telah memasukkan cecair seperti minyak dipercayai telah dicampur bahan lain ke dalam mulutnya agar dia tidak sedarkan diri. 

Bagaimanapun lelaki yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa pelajar terbabit juga tersedar daripada tidur lalu memeriksa bilik anak perempuannya sebelum menyergah lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri.

Menurut mangsa, lelaki terbabit hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya dan bersyukur kerana tidak diapa-apakan.

Namun mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek itu masih trauma dan tidak dapat melupakan kejadian menimpanya.

“Nasib baik lelaki itu tidak sempat bertindak ganas dan saya bersyukur kerana kejadian disedari bapa, namun saya tidak akan dapat melupakan kejadian itu sampai bila-bila, malah masih berasa takut seolah-olah dia akan datang semula.

“Keluarga juga risau kejadian berulang dan mereka sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payung di Marang dan kami berharap lelaki itu akan dapat diberkas dengan segera” katanya ketika menghubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan serta disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.



Dalam pada itu, difahamkan lelaki separuh b0gel dipercayai mengalami masalah mental itu juga digelar sebagai ‘orang minyak’ oleh penduduk kampung kerana sering berkeliaran di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu.

Malah, kelibat lelaki tanpa seluar itu berjaya dirakam penduduk di kawasan berkenaan dan diedarkan kepada umum melalui laman facebook, whatsApp dan media baru lain termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di kawasan Bukit Payung, di sini.

Kejadian itu juga menyebabkan JKKK Padang Midin dan Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu menubuhkan satu pasukan rondaan di kawasan kampung berkenaan.

Menurut Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Shahul Hamid, rondaan di kawasan kampung bermula pada jam 12 malam hingga 6 pagi setiap hari dan disertai ahli jawatankuasa belia BBest serta penduduk kampung tersebut.

“Rondaan ini telah dijalankan sejak dua tahun lalu dan kita adakan dengan lebih giat selepas beberapa siri kejadian membabitkan lelaki dipercayai kurang siuman yang digelar sebagai orang minyak itu dikatakan mula berkeliaran termasuk di Tok Renek.

“Tok Renek masih di bawah pentadbiran JKKK Padang Midin. Kampung ini terletak di sempadan kawasan polis Kuala Terengganu dan Marang, jadi kami akan memberikan kerjasama penuh dalam membantu dua pihak berkuasa itu memberkas lelaki terbabit,” katanya. -SINARHARIAN




VIDEO RAKAMAN CCTV ------->










Dituliskan Khas Oleh : EngkuDel Pada 12:02 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: lelaki tanpa seluar, Orang Minyak, Padang Midin, polis Kuala Terengganu dan Marang, Terkini 2013! "Orang Minyak" Mencari Anak Dara di Kuala Terengganu

No comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Tik Tok

Facebook Miss DeL

Engku Del Al-Idrus

Create Your Badge

Catatan Popular

  • MYLEA FRECKLES SERUM
    KENAPA WAJAH ANDA PERLUKAN MYLEA FRECKLES SERUM?? ✔  Penawar nombor 1 masalah JERAGAT! ✔  Mencegah jeragat dari MEREBAK dan MENEBAL...
  • Upah Design Grafik Murah!
    MURAH | PANTAS | MUDAH Harga dan tawaran untuk upah design grafik adalah seperti berikut :  Banner / Bunting - RM35-50 Billboard (sai...
  • PERKHIDMATAN SHOOT & BURN
    RM300  RM150 Depo ( Dibayar sebelum acara, Untuk Pengesahan yang menentukan hari, masa & lokasi) RM150 Balance  ( Semas...
  • MYLEA SKINCARE
    MYLEA SKINCARE Apa yang best tentang Mylea 4 in 1 ingredients Honey Soap 10g ekstrak "ALOE VERA", transparen soap, "...
  • Pengurangan Kadar Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA
    Kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang memohon pinjaman pelajaran MARA dan telah menamatkan pengajian, jangan lupa untuk memo...

Blog Archive

  • ►  2025 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2018 (2)
    • ►  July (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  March (2)
  • ▼  2013 (16)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ▼  September (4)
      • Pengurangan Kadar Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran...
      • Isu 2013! "Orang Minyak" Mencari Anak Dara di Kual...
      • CARA MELAKUKAN PERMINDAHAN CIMB-CIMB (KEGEMARAN)
      • Cara Nak Check Tracking Number Poslaju / Parcel
    • ►  August (9)

I Love My Followers

I Love My Followers

My Followers

Jejak Pengunjung :)

Miss Blog ini :

My photo
EngkuDel
View my complete profile
MissDeL. Watermark theme. Powered by Blogger.